Allahyarham Muhammad Natsir Bin Idris Sutan Saripado,dilahirkan pada 17 Julai 1908 di kampong Jabatan Berukir,Alahan Panjang,Sumatera Barat.Di Indonesia,beliau adalah seorang nasionalis yang diberi gelaran Datuk Sinaro Panjang.Beliau telah meninggal dunia pada 6 Februaru 1993 di Jakarta.
Jika di MaLaysia beliau lebih dikenali sebagai Pak Natsir,membuktikan dirinya sebagai mujahid dakwah dan pejuang politik tulen.Dalam pentas politik,beliau berpegang kepada idealism mendaulatkan islam dan memartabatkan ummat.
Dalam bicara politiknya,Pak Natsir dengan pernah menyatakan “Politik tanpa dakwah,akan hancur.”Namun,beliau melakukan kedua-duanya iaitu politik dan dakwah seiring demi memikul amanah yang perlu digalasnya.Ketokohan Pak Natsir perlu diberi perhatian oleh ahli politik masa kini khususnya bagi mereka yang berorientasi secular.Tidak ramai ahli politik yang berdakwah dalam landasan politik.
Pak Natsir pernah dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Penerangan Indonesia sekitar 1940-an.Dalam sejarah politik Indonesia,Pak Natsir dikenali kerana penentangannya terhadap kumpulan yang berjuang atas landasan sekularisme.Pak Natsir adalah antara mereka yang membantu menyelesaikan Konfrontasi Malaysia-Indonesia serta beberapa isu antarabangsa seperti masalah di Palestin.
Selain ahli politik,Pak Natsir juga adalah aktivis nasionalis yang menghasilkan buku Capicta Selecta,selain karya dakwah Fiqh Al-Dakwah.Beliau pernah menjelaskan dalam menangani cabaran aliran nasionalisme pada 1940-an,Pak Natsir menegaskan pentingnya akal dan kemerdekaan berfikir dalam ajaran islam.Memetik kata Pak Natsir,”Akal merdeka bias membersihkan agama daripada kutu yang berbahaya untuk kemajuan atau bertentangan dengan agama kita sendiri…”
Pak Natsir telah dibesarkan dalam linkungan masyarakat Minangkabau ketika adat dan islam menjadi polemic berpanjangan.Gerakan pembaharuan islam universal turut mewarnai polemic pada masa itu dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis muslim seperti Jamluddin Al-Afghani,Muhammad Abduh dan Rashid Rida`.Ketika mudanya,Pak Natsir melalui system pendidikan Belanda dan Islam.Beliau mempelajari pelbagai bahasa seperti Inggeris,Arab,Belanda dan Perancis serta ilmu falsafah dan mendalami agama islam.Ia memudahkan beliau menambah ilmu dengan membaca pelbagai buku dan majalah dalam bahasa-bahasa berkenaan.
Di Indonesia,Pak Natsir turut dikenali sebagai seorang tokoh politik nasional,da`ie dan pemikir Indonesia pada abad ke-20.Beliau adalah pengasas kepada Majlis Syura Muslim Indonesia,dikenali sebagai “Masyumi”.Pertubuhan ini berkembang dan popular dikalangan aktivis muslim di Malaysia dan Brunei pada awal kepimpinannya.Berbeza dengan amalan politik kotor dan tidak bermoral di Negara-negara islam,Pak Natsir dari awal lagi sudah pun menjelaskan bahawa politik Islami hanya dapat dibentuk jika disertai dengan amalan akhlak yang mulia.
Pak Natsir mempunyai sikap keprihatinan dan ketegasan yang sukar diganggu-gugat oleh kuasa politik.Keperibadian beliau inilah yang menjadi punca persengketaan antara Presiden Sukarno dan Pak Natsir.Ketokohan kepimpinan Pak Natsir wajar dicontohi oleh semua kepimpinan Malaysia hari ini samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.Jika ketokohan Pak Natsir mampu membentuk Kabinet dan sekaligus Pak Natsir dilantik sebagai PM pertama pada 1950 daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia.Namun,belum genap setahun,Pak Natsir telah dipecat disebabkan perbezaan pendapat dan pandangan dengan Sukarno,maka beliau dipenjarakan.Pak Natsir hanya menjadi pemimpin Masyumi dan menjadi anggota parlimen hingga 1958.
Perbezaan idealism antara Pak Natsir dan Presiden Indonesia itu berlarutan hingga 1961,memaksa sukarno menggunakan kuasanya membubarkan Masyumi dan menahan sejumlah pemimpinnya.Pak Natsir dipenjarakan (1960-1966) di rumah tahanan Militer Keagungan Jakarta.Tulisan perjuangan politik Pak Natsir yang mengkritik pandangan Sukarno dibukukan bersama tulisan-tulisannya yang lain dalam 2 jilid berjudul Capita Selecta.Pada 1965,ketika dalam tahanan,Pak Natsir sempat mengirim nota kepada bekas Perdana Menteri pertama Malaysia,Tunku Abdul Rahman,dalam usaha diplomasinya untuk menamatkan ketegangan hubungan diplomatic Malaysia dan Indonesia akibat dasar konfrontasi Sukarno.Usaha beliau itu berhasil dengan berakhirnya dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
Pak Natsir dibebaskan pada 1966 selepas kejatuhan Sukarno dan kembali aktif dalam pertubuhan Islam.Beliau menubuhkan Dewan Dakwah Islam Indonesia(DDII) pada 1967 sebagai sebuah “lembaga” yang menjadikan prinsip islam sebagai asas perjuangan umat Islam.Beliau juga menjadi pemimpin dan Du`at kepada belia Indonesia melaksanakan perintah amar makruf nahi mungkar dengan lebih professional dan berkesan.Idealisme dan perjuangan DDII meresap dikalangan aktivis gerakan dakwah di Malaysia sehingga tertubuhnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dikalangan penuntut lepasan university di Malaysia.Ketokohan dan kepimpinan Pak Natsir bukan saja dicontohi dikalangan aktivis dakwah dan politik dirantau ini,malah pemikiran pak Natsir begitu popular dikalangan pemimpin Islam antarabangsa.Tokoh-tokoh Islam ternama seperti Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi;Syaikh Amin Al-Husaini,Mufti Palestin;Imam Hassan Al-Hudaibi,Al-Murshid Al-Alam bagi gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimin,Mesir;Jamaat Islami,Pakistan;Abul Hassan Ali Al-Nadawi,India dan Najmuddin Arbakan,Turki,semuanya menggangumi kepimpinan dan ideology Pak Natsir mengenai Islam Dan Politik.
Justeru,apa lagi yang kita mahu ragukan dengan perjalanan dan iktiqad kita atas perjalanan kita hari ini.Hanya orang yang berfikiran sempit dan cetek ilmunya sahaja yang mampu mempertikaikan persoalan islam adalah islam bukan politik.
Kesyumulan islam jangan dinafikan,kerana telah ditunjukkan oleh sabda junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Pak Natsir adalah orang tua yang telah pergi lama meninggalkan kita,tetapi kerana kehebatan ilmunya dan sikap bersungguh-sungguh menuntut ilmu itu,menjadikan setiapkan luahan kata-katanya bernilai dan berharga kepada masyarakat hari ini.
Al-Fatihah buat Al-Marhum Pak Natsir…….
“Politik tanpa dakwah,akan hancur..politik dan dakwah adalah seiring”
Dr sabri jamaludin
Kerinchi,KL
Ahli Siasah Indonesia-Pak Natsir
Posted by Mohd Sabri Bin Jamaludin at 7:57 PM 0 comments
Mengapa Bukan Wahabi?
Ramai orang hari ini memperkatakan apa itu wahabi dan sebagainya,tanpa cuba untuk mencari siapa dan apakah identiti sebenar wahabi itu.Disini saya cuba memperkatakan dan membincangkan mengapa penerimaan mazhab wahabi tidak sesuai dan diterima oleh masyarakat Malaysia?...
1.Pendekatannya yang ekstremis,sejarah menunjukkan ia lahir dan berkembang dalam suasana yang sangat ekstrem buruknya,sampai kepada peringkat memuja kubur dan sebagainya dalam sifat seolah-seolah berhala dizaman jahiliah.Muhammad Ibn Abd Wahab,pengasas kepada mazhab tersebut terpaksa menghadapi gelagat masyarakat semenanjung Arab dan sekitarnya pada waktu itu yang sudah kembali berperang sama sendiri hamper dengan keadaan zaman jahiliah.Bangsa yang dihadapi beliau itu ialah masyarakat padang pasir yang keras kepala tidak seperti orang Melayu di Malaysia yang lain sekali wataknya dengan penuh kelmbutan,tolak ansur dan berbudi bahasa.
Perumpamaan yang sesuai yang boleh saya katakana jika kita mengamalkan mazhab tersebut di Malaysia ialah seperti kita memakai pakaian besi sebagai pakaian harian kita.Saya tidak dapat bayangkan,jika kita berbuat demikian,Bagaimana tanggapan dan pendapat masyarakat dan orang asing pada Masyarakat kita.Ia bukan salah,saya tidak katakan salah,tetapi ianya amat tidak sesuai sekali kerana persekitaran dan reality kehidupan di Malaysia tidak menuntut dan memerlukan kita berperwatakan sedemikian.Baju besi itu boleh disimpan di muzium dan diberi penghargaan setingginya kerana pernah menyelamatkan sebahagian daripada ajaran dan Masyarakat Islam pada saat kritikal suatu ketika dahulu iaitu saat kejatuhan Kerajaan Uthmaniah.Di Arab Saudi sendiri,Wahabi tidak dipopularkan.Mereka lebih selesa dengan melabelkan Wahabi ini dengan istilah Salafi iaitu ortodoks.
Apa lagi dengan sifat orang melayu.Kalau nasi yang masih terlalu panas terus dimakan disifatkan sebagai gelojoh.Seorang yang berbudi bahsa dikalangan kita adalah orang yang cakapnya berlapik,cakap siang pandang-pandang.cakap malam dengar-dengar.Risngkasnya jika mazhab ini baik dan bagus pendekatannya dari side yang lain,ianya tetap tidak sesuai bagi saya dengan budaya orang melayu,cukup berhikmah dan kejayaannya terlipat dalam kehalusan budinya.Sejarah telah membuktikan kepada kita mazhab yang terawal yang telah datang ke Tanah Melayu ialah Mazhab Syiah.Tetapi kekasarannya tidak sesuai dengan budaya melayu lalu digantikan dengan Mazhab Syafi`I dan cukup selesa dengan pendekatan sederhana mazhab itu.
2.Dalam masyarakat ini Mazhab Syafi`I terlalu dominan.Menerima mazhab Wahabi boleh memecahkan keutuhan masyarakat dan bangsa kita yang sudah bermazhab syafi`I sejak berkurun lama lagi.Maksudnya mazhab Wahabi hanya akan menjadi factor pemecah kerana secara logiknya mustahil semua orang melayu akan menerima mazhab tersebut.Berbeza di Arab Saudi pada zaman kelahiran mazhab tersebut,keranna Negara itu didominasi oleh mazhab hanbali dan wahabi merupakan pembaharuan atau tajdid berasaskan mazhab berkenaan sepertimana yang telah dimulakan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibn Al-Qaiyim.Maksudnya,kalau kita mahu pembaharuan sepatutnya berdasarkan prinsip dan usul mazhab syafi`I sendiri yang sudah dominan dalam masyarakat kita.
3.Setakat ini isu yang cuba dibawa oleh mazhab wahabi ini adalah “remeh temeh” yang bersifat kepada polemic yang tiada penghujungnya serta kesudahannya.Kita akan terperangkap dalam polemic itu sampai akan melupakan yang paling asas itu “wahdatul islam di Malaysia” iaitu perpaduan ummah persaudaraan Islam Sejagat.
Jangan dilupa,Wahabi adalah satu mazhab yang pernah berjasa mendirikan benteng pertahanan islam di Arab Saudi pada suatu ketika dulu berdasarkan kepada method yang keras dan tegas.Samalah juga dengan mazhab syiah,ia pernah berjasa menjayakan revolusi Iran dibawah pimpinan Khomeini,dan terdapat sesetengah dari kita yang cuba mengikut jejak mazhab itu bagi kejayaan umat islam dalam Negara ini tetapi GAGAL.Sebabnya kita bukan Iran,Raja kita bukan Shah Iran dan para ulamak kita bukan Khomenei yang harus sama kita fikirkan maksud disebaliknya makna yang tersurat ini
Hanya sekadar pandangan dan sedikit kajian yang telah dibuat oleh diri ini yang kerdil dan lemah ini.
Dr.Sabri Jamaludin,
Kerinchi,KL
Posted by Mohd Sabri Bin Jamaludin at 7:46 PM 0 comments